Wednesday 24 July 2013

Tips Kejutkan Orang Bangun Bersahur

15 Ramadhan..

Separuh sudah perjalanan Ramadhan kali ini. Maknanya kalau korang jenis yg bangun sahur, so dah 15 hari awal-awal pagi korang bangun untuk bersahur. Tahniah! Sbb bjaya menjadi orang yang mampu n gigih untuk bangun dikala nafsu berbisik suh tido aje.

Tapi tahukah korang bahawa ada segelintir orang yang sgt liat untuk bangun. Bkn kanak2 aje, yg bapak n mak kanak2 pon sama aje! Yang atok kanak2 pon jugeeeeeee!

So apa kata entry kali ni CikPiko bg sedikit tips untuk bangunkan orang2 yang liat bangun ni. Jom terjah! Zassssssss!

Kita mulakan dengan cara penuh sopan:

1) Apa kata korang pegang anak jari kiri/kanan dia sambil tu panggil nama dia dengan penuh nilai kemanjaan..hoho!
2) Korang pegang laaa bahu dia sambil, goncang2 sikit sambil panggil nama dia
3) Renjis air sebaldi skit kat muka dia..
4) Hampiri muka dia, bagi tamparan manja skit sambil pnggil nama dia
5) P tutup kipas/air-cond..kalau dia panas bangunlah dye….

Kalau xberjaya cara penuh sopan, cubalah puleee cara sedikit ganas seperti di bawah:

1) Jerit nama dia sekuat mungkin. Lagi best kalau pakai mikrofon..haaaa hambekk ko bernanah telinga!
2) Gigit telinga dia..kuat-kuat!
3) Simbah air rendaman baju kat dia..lagi busuk lagi digalakkan
4) Kalau dia berambut panjang, tarik rambut dia sampai dia tergolek jatuh dari katil
5) Goncang badan dia sekuat mungkin & jerit Api!Api!Api marak! Tak pun Tsunami!Tsunami!Tsunami!

Kalau semua di atas tak berjaya jugee, bacakan yassin..mudah-mudahkan dia bangun p sahur n solat subuh…

Hihi..

So korang2 boleh cuba laaaaa ye! Selamat Mencuba!


Saturday 20 July 2013

11 Ramadhan. Berbuka Puasa Bersama Sanak Saudara

20 July 2013 bersamaan 11 Ramadhan..

Alhamdulillah..pejam mata celik pejam celik, dah 11 ari kita berpuasa..Alhamdulillah..

Hari ni sgt hepi sbb berpeluang buka puasa bersama sanak saudara. Macam-macam juadah dimasak.

Zasssssssssss gambar jom!

Perap ayam
Seksis!Seksis! Hoho!
Sanak-Saudara. Oh best!
Wahhh gitewww CikPiko masak kambing! Yawww!
Yummy!!


Friday 19 July 2013

Aktiviti Di Taman Botani Shah Alam/Bukit Cerakah Shah Alam

Haishh mata xmau lelap! Jom menaip!

Hi uolsss! Kali ni CikPiko nak tulis pasal Taman Botani Shah Alam atau dedulu dikenali sebagai Bukit Cerakah. Atcually tempat ni mmg nice n osem. Macam2 aktiviti bole buat. Boleh datang ngan kawan2, pakwe,makwe n sesuai datang ngan ibubapa gak hihi!

Di sini terkenal dengan aktiviti perkhemahan, Skytrek, Flyfishing & berbasikal. Jom terjah gambar CikPiko kat sini. Harap maklum entry kali ni bersepah dengan gambar! Jegilkan mata korang sebundar-bundarnya untuk melihat gambar2 di bawah! Ngeeeee!

Wahhh gitewww kami berpusu-pusu nak beli tiket masuk. RM3 aje. Murah kan? Oh berbaloi hokeyy!
Aktiviti berbasikal sudah bermula. Nampak x CikPiko dah main sorong basikal. Hoho! Bayaran berbasikal ikut hour.  Sangat berbaloi-baloi uolssss!
Kami! Kelihatan gembira di rumah iklim 4 musim. Sgt osem! Time kami pegi ni musim salji. Dah rasa kat Londan! Hoho! Masuk RM3 aje. Kelihatan blogger AshGive ada disitu berbaju merah dengan badan tersenget-senget! Sama laaaa senget macam dia juge..hoho!

Dah kenapeee CikPiko macam nak berkawad. OMG pipi macam pau! Cara pemakaian tudung dah macam kanak2 sekolah melipat bahagian tudung sehingga menampakkan pipi yang bulat! Hoho! Yang penting nak tunjuk pandangan belakang yg best tu. Bunga betul hokeyy! Berwarna-warni n cantik!
Oh osem! Wat klip video pon best ni..ngeeee!
Kawan-kawan CikPiko kelihatan begitu gembira
Ni aktiviti afta berbasikal. Makan nasi beriani kambing! Yummy! Hoho sejurus lepas bakar lemak terus menggandakan lemak. Sayang laaaa kalau bakar lemak je tanpa ternak lemak semula! Hoho!


So itu laaaaa serba sediki tentang aktiviti sihat di Taman Botani Shah Alam. So korang tunggu apa lagi. Pi laaaa try. Best itu pasti! 



Apa Itu Penyakit "Lazy Eye"?


Rentetan dari tulisan yang lepas, CikPiko nak sambung bagi tips lagi ni. Tips kali ni berkaitan dengan penyakit "Lazy Eye". Opssss apa kejadahnya penyakit "Lazy Eye" tu? Jom kita baca skit..

"Lazy Eye" dalam bahasa sainsnya adalah Amblyopia. Ianya penyakit/masalah pada anak-anak di mana  satu mata lebih lemah dari yang lain. Otak memilih untuk mengambil gambar dari mata yang lebih kuat dan mengabaikan gambar dari mata yang lebih lemah. Maknanya, si pesakit menggunakan mata yang kuat lebih daripada mata yang lemah. Jika mata yang lemah tidak digunakan, so mata yang lemah tidak mampu mengembangkan penglihatan yang baik. Hal ini menyebabkan penglihatan berkurang di mata yang lebih lemah. Amblyopia biasanya hanya mempengaruhi satu mata. So sudah jelas? So pasni jangan pelik lagi kalau kita terdengar penyakit "Lazy Eye". Bunyik macam agak kelakar tp mmg benar2 wujud hokeyy!

Penyakit ni biasa terjadi pada kanak2 yang baru lahir hingga ke umur 7 tahun. Walaubagaimanapun, perubatan kini boleh menyembuhkan penyakit ini. Semakin muda kanak2 tu semasa rawatan dimulakan, makanya semakin cerah peluang kanak2 tersebut untuk memiliki penglihatan yang lebih cerah.

Pada ibubapa sekalian, kenalilah tanda2 anak2 anda mungkin mengalami peyakit ini. Jom terjah gejala penyakit ni: 
  • Memiliki mata yang mengembara atau tidak bergerak sama dengan mata lainnya.
  • Memiliki mata yang tidak bergerak dalam arah yang sama atau fokus pada titik yang sama.
  • Menangis atau mengeluh dengan satu mata tertutup.
  • Menyipitkan mata atau memiringkan kepala untuk melihat sesuatu.
  • Memiliki kelopak mata atas yang terkulai.
Jadi, kalau anda gejala-gejala tersebut, segeralah bawak anak2 anda berjumpa pakar mata. Jangan berlengah. Pakar mata ada cara rawatan yang terbaik untuk anak anda!

Semasa dalam proses rawatan, kanak-kanak mungkin akan berasa rimas & tidak selesa. Jadi ibubapa perlu memainkan peranan yang besar untuk mengatasi keadaan yang sukar tersebut! Mungkin tips ini berguna!

Tips bagi ibubapa membantu anak-anak semasa dalam proses rawatan:
  • Jelaskan bahawa kacamata atau penutup mata akan membantu penglihatannya menjadi lebih baik.
  • Jelaskan kepada teman-teman, guru, pelatih anak anda dan yang lainnya mengenai masalah mata anak anda dan apa yang harus dilakukan untuk mengubatinya.
  • Gunakan penutup mata, kacamata atau ubat titis mata sesuai anjuran doktor. Jangan nak sesuka hati bagi ubat sendiri puleeeee! Hoho!
  • Jika memungkinkan, hiasi penutup mata anak anda. Namun sebelumnya, tanyakan kepada doktor anda apakah hal tersebut dibolehkan.
  • Lakukan hal-hal yang menyenangkan, seperti aktiviti mewarna semasa anak anda memakai penutup mata atau kacamata. Ini akan membantu anak anda melatih menggunakan mata yang lemah.
So, itulah serba sedikit tentang penyakit "Lazy Eyes". Diharap dapat membantu untuk meeka-mereka yang tertanya2 apakah penyakit tersebut di samping info untuk mengenal kanak-kanak yang memiliki penyakit tersebut. 

Tips Penjagaan Mata & Makanan Yang Bagus Untuk Mata

Salam Jumaat untuk yang beragama Islam..

N Selamat Pagi Untuk Semua Di Planet Bumi!

Pagi ni CikPiko berada di Pusat Pakar Mata Chew/Chew Eye Specialist & Surgery Sdn Bhd. Klinik ni terletak di Ipoh Perak. CikPiko baru 1st time datang sini. Untuk apa? Di akhir kisah kita terjah okehh! Ngee..

Disebabkan CikPiko dah berada dlm aura org2 yg bermasalah mata di sini, makanya CikPiko ingin menulis tentang tips penjagaan mata & makanan yang baik untuk mata. Wahhh gitewwww tips penjagaan mata, padahal mata CikPiko pun rabun jugeee! hoho!

Mari kita terokai tips penjagaan mata. Ni hasil bacaan CikPiko ketika berada di klinik ni. CikPiko cuba tulis & terangkan dalam bahasa yg santai agar tidak seperti mendengar doktor yg bkata2 ngan hujah sains! haha! 

1) Si pecinta gelap, elakkan membaca or menulis dalam gelap ye! Kalau nak tido dlm glp tu xpe laaa, tp kalau nk mbaca/menulis, cari le port yang terang. Lagi 1, tak guna kalau mbaca or menulis dalam terang tapi dalam keadaan berbaring sebab tabiat ini hanya akan menghalang jumlah cahaya yang sepatutnya kita terima. Hmm sbb tu CikPiko rabun. Zaman dok hostel dulu suka baca dalam gelap! Amik lampu suluh membaca dalam gelap. Bajet nak cemerlang sgt! Insaf kini! hohoho..

2) Si pecinta fesyen ranggi, elakkan laaaa pakai spek mata hitam yg beso2 mcm  retis tu kalau spek tu xde UV protection 100%. Ini kerana, bila mata kita berada dalam keadaan gelap gitu, bukaan anak mata kita akan mjadi lebih le beso! So, ni akan mbuatkan UV matahari memasuki mata dengan lebih banyak dan merosakkan struktur mata asal kita. 

3) Pasang laaa screen filter pada komputer korang. Bkn apa, cahaya dari komputer tu atcually cukup sesangat untuk merosakkan mata kita ngan pantas! kalau korang nak tahu, cahaya tu boleh menjangkau hingga 2Meter. Mak aishhhh..!

 4) Kalau menjadi penumpang dalam kereta/bus, kalau ada banyak masa sgt or boring, bawak2 laaa tido ke, dgr radio ke, bsembang2 ke or paling2 pun korek2 taik idung kunyah2 kuaci..sbb jangan sesekali korang amalkan tabiat membaca dalam kenderaan yg sedang bgerak. Makanya akan cepat pakai spek nnt! 

5)Kalau korang tgk tulisan yg kecik bebeno, stop jelah cuba mbaca.Tak payah laaa mgedik nak cuba mbaca gak sampai terjuling2 mata. Harus diingat ye tuh hanya akan memaksa mata korang n mberi tekanan. Kesian mata!

6) Selalulah melihat blue green. Pape objek yg bwarna hijau. Sgt bagus untuk mata korang. Lagi2 pada waktu pagi. So, bangun tido dari tatap muka pakwe/awek, lebih bagus bdiri tepi tingkap n tgk pokok2 mhijau tu. Seronok mata korang! hoho..


Jom kita kenali pula makanan yang bagus untuk mata:

1) Ikan Salmon- Kepada sesapa yang mata kering, ini adalah pilihan terbaik. Pegi la Supermarket, dari dok cari jajan better korang cari ikan salmon & makan le bebanyak sbb Omega 3 dalam ikan salmon bagus untuk si mata kering! 

2) Telur- Lutein dan zeaxanthin yang ditemukan dalam putih telur merupakan antioksidan terbaik untuk mencegah degenerasi makular dan katarak. 

3) Biji bunga matahari/kuaci- Sesiapa yang mempuyai masalah sensitif terhadap cahaya atau bahasa sainsnya penyakit photophobia, banyak2kan laaaaa mkn biji bunga matahari ye! sambil2 bsembang pon boleh kunyah2 kuaci  kannn~

4) Coklat Hitam- Yummy! Berita baik untuk penggemar coklat hitam! Menurut kajian ianya membantu menajamkan penglihatan. (Erkk..patut laaaa penglihatan CikPiko tak berapa nak tajam sbb CikPiko xsuka makan coklat! ngeee! :P)

5) Bayam- Berita baik pula pada si penggemar bayam! Kajian menunjukkan vitamin C dalam bayam mampu mencegah Glukoma. (Yeayyy! CikPiko penggemar bayam!)

6) Bawang Putih-   Bawang putih sebenarnya terkenal dengan selenium, vitamin C, vitamin B1, quercetin, dan glutathione yang berfungsi melindungi lensa mata terhadap radikal bebas seperti sinar UV. 

Oke..itu serba sedikit tips & info untuk korang n untuk CikPiko sendiri. Mata tu anugerah dari Allah yg cukup berharga. Mari kita jagainya sebaik mungkin ya!

So, kembali kepada citer kenapa CikPiko berada di Klinik Pakar Mata Chew today. Sebab adik CikPiko yang baru darjah 1 dah mengalami masalah mata. Kesian dia. Kecik2 dah terpaksa pakai spek. Power spek tinggi sudah! Doktor juga mengesahkan dia ada penyakit "Lazy Eyes". Ramai yg xtau pasal penyakit ni kannnnnn. Jarang2 didengari. Mungkin nanti CikPiko akan tulis pasal penyakit tu.

Jom terjah gambar!

Qistina & Mata Rabun beliau! Harap Maklun spek tuh adalah berwarna Pink! hoho..

Ni bukan gambar kat klinik td. Hampeh tul kabel nak tranfer gambar xjumpa puleeeee! Grrrrrr...

Ok Bye!

Monday 15 July 2013

Sinopsis Despicable Me 2. TGV SetiaWalk Tempat Bes Tengok Movie?

Demam Despicable Me 2 melanda! Kanak-kanak, muda remaja & yang xberapa nak muda pun dok mperkatakan citer ni. Pada CikPiko citer ni mmg super duper osem! Why? Jalan citer yg menarik, funny, watak minions yg comey2 belaka, suara minion yg unik n gaya pengolahan citer yg santai.

Despicable Me 2 mengekalkan kebanyakan watak dalam muvi terdahulu. Cuma ada beberapa watak tambahan yang membuatkan cerita ini semakin best! Kisah kali ni Gru tetap lagi memelihara 3 org anak angkat perempuannya yg comey2 iaitu Margo (dah bertambah dewasa..dah ala-alaaaaa awalan gadis pungutan pingitan giteww), Edith & Agnes. Setelah betaubat dr jadi penjenayah, Gru menanggung anak2nya dengan mhasilkan jem/jeli ngan buatan sendiri. Kelassssss Gru makmal ekau! Afta dat, Gru dapat tawaran menyertai organisasi rahsia untuk menyiasat satu kes kehilangan formula baru. Pada awalnya Gru menolak tawaran tersebut tp akhirnya berubah fikiran. Di sinilah bermulanya perkenalan Gru dgn Wilde yang dipasangkan dengan Gru untuk menangkap penjahat. Haaaaa dari sinilah bermulanya bibik2 percintaan di hati Gru yg sebelum ni fobia dengan perempuan. Dalam hati ada taman kini! Bayangkan muka brutal dengan hati kuntum! Wah..itu menarik untuk dilihat hokeyy..hoho!
Apakah yang terjadi seterusnya? Haaa apalagi..saksikan di pawagan or beli laaa VCD ori..jgn beli yg cetak rompak puleeee..ngeeee!


Jom kenali serba sedikit watak minions yg funny tuh. Ni antara yg femes tuh:


Semua pun kelakar2 belaka. Alahai chomey2 belaka gitew! Gelak xhengat CikPiko tgk muvi ni bersama 5 org opismates. So untuk anda-anda yg belum tgk lagi plus sukakan puleee citer funny...so pegi le tgk ye..yg agak2 kusut fikiran tu, molek jugeee tgk citer ni..rest otak sket. N pada ibubapa, dari perap anak2 kecik ari minggu kat umah tanpa aktiviti, so apa kata bawak le anak2 menonton citer ni. Konpem depa suka! Sekian! Adios!

NotaKaki: CikPiko tgk kt Cinema Setia Walk Mall Puchong. Cinema baru kat sini uolsssss! Best! Beso pon beso..n xberpusu-pusu ngan makhluk2 n tiket 7 hengget hajooo! Sgt berbaloi-baloi. Moh org puchong pakat2 terokai Setia Walk Mall Puchong!

Bagan Lalang Tempat Seronok Untuk Bercuti

Bagan Lalang? Apa yang menarik di sana? Best ke? Perkataan lalang tu mcm semak samun jek bunyik.  Jgn tgk nama terus rasa tak best. Kita terokai dulu. Jom terjah!
CikPiko berkesempatan pegi sana pada 18/12/2009. Tiga tahun yg lps..haaa hambek bagi actual date trus hoho~. Entri ni byk pictures skit..jom layann!

Bagan Lalang yg terletak di Sepang ni amat sesuai untuk percutian keluarga. Jaraknya tidak begitu jauh dr KL iaitu ±60km. Kalau dari KLIA ±30 minit aje. Bagi yg sukakan pantai memang sesuai sangat pegi sini. Pantai yang cantik & angin yg sepoi-sepoi bahasa gitew. Sesuai sgt nak main layang-layang pon dengan kekasih adik-adik/pakcik2/mak ayah..ngeeee~
CikPiko pegi sini dengan family mentua family no.2..Eh Eh kenapa no.2? Sebab ni actually uncle & untie CikPiko tp dah mcm family sendiri. Kecik2 dok ngan depa & nenek. So dat y CikPiko cakap family je.

Sesampai di sana, terus nampak pantai. Terus terasa xsabar nak mandi manda. Punya la xsabar terus singgah pantai huahuahua!

Pantai itu best! Ngeee...

 Dah penat2 lepaking & bergumbira di pantai  kami bergerak ke homestay. Kami dah book 2 minggu sebelum pegi. Kat sini mmg byk homestay, klik je Homestay Bagan Lalang, bsepah2 sangat kt gugel tuh. Tp harus diingat, cari laaa yg xjauh sgt ke dalam.xbes if susah nak kluar. Lagi satu, cari yg harga berpatutan. Ni laaaa homestay yg kami dpt. Tadaaaaa!

Wah gitewww! CikPiko dah start excited! WinkWinkWink!

Petang berehat kat homestay. Memang terbaik umah ni! Sgt selesa. Ruang halaman yg besar rasa mcm boleh main golf bola, ruang tamu yg gedabak beso juge, dapur yang bersih n lengkap ngan peralatan memasak n ada juga seni2 dinding yg menarik. Sedap mata eden memandang!

Segar! Hijau! Damai!

Dan Lagi 

                                                             Dan lagi-lagi


                                  Ini lagi (Kan dah ckp entri ni bsepah dengan pictures huahua!)

Aummm! Suke ni! Nice!

Semalam RM250. Tp pada pendapat CikPiko harga ni mmg berpatutan sbb ada byk kemudahan. Apakah? Check di bawah ni:

3 bilik tidur
1 bilik berhawa dingin & 2 bilik kipas siling
2 bilik queen size bed & 1 bilik 2 single bed
2 bilik air

Mempunyai ruang tamu berhawa dingin dan kipas siling . Sofa juga disediakan

Mempunyai kemudahan untuk memasak
1 peti sejuk
1 microvave
1 rice cooker
1 stove
Beberapa pisau . pingan . mangkuk . periuk etc

Mempunyai kemudahan membersih baju
1 washing machine ( Auto )

Mempunyai kemudahan hiburan
1 TV
1 VCD Player
1 Astro Decoder (Card sendiri )

Mempunyai satu ruang makan berhawa dingin

Mempunyai ruang santai ( Outdoor )

Pekan yang paling hampir SG PELEK mempunyai kemudahan awam seperti Balai Polis, 24Jam Klinik, Pejapat Pos, Bomba, KFC,7Eleven, BSN , Rhb,Public Bank,Farmasi, Juke Box, Workshop, Shell, Mobil DLL

Bes kan?macam2 ada. Lengkap umah ni. N dekat je nak g pantai. Kalau anda2 nak datang Bagan Lalang, xperlu risau pasal penginapan. Call je no di bawah:

En Haris 019-6634032


Untuk yang nak tau lebih lanjut boleh lawati laman blog ni: http://baganlalang21sunset.blogspot.com

Malam, kami beraktiviti lg. Bak kata ayah, “kalau datang bercuti tp bebaring aje kat dalam bilik, baik le balik umah aje”. Jadi, untuk menyahut semangat ayah, maka kami bergerak pantas menyiapkan diri menuju ke kereta untuk pegi beraktiviti..hoho!

Di bawah kerdipan cahaya!

Shahrul dengan aksi beliau!
Balik semua penat. Semua cari bantal.ZzzzZzzzzz!
Esoknya pagi2 buat sarapan kat homestay. Habes mengisi perut terus pegi berlonggok sesama family dok tgk layang-layang kami.

Ayah n Tina si rambut Hafiz awan nano-nano-nano-nanoooo. Xmandi lagi si budak kecik tu hoho!
Habis main layang-layang, kami balik ke homestay untuk bersiap2 untuk mengisi perut pula. Next, time for seafood! Xlengkap pegi Bagan Lalang kalau xpegi mengisi perut dengan perbagai seaweed  seafood. Jom makan! Tp maaflah, nama kedai dah lupa..hua3! Tp korang pilih je mana2 pun..sbb kat sini semua harga lebih kurang n sedap2 belaka.Yummy!
CikPiko tunjuk skill main layang-layang..hoho!
Habis mengenyangkan perut, lepaking kat pantai lagi. Kali ni tgk org memancing sambil memancing mata & mencuci mata juge! Dah alang2 petang, tgk matahari terbenam pon layannnnn kat sini. Syahdu hokeyy! Hoho..
Aghoi & Adik

Tgk org memancing pon layan jugeee!
Best!
Auntie yg cool! ngeee..
CikPiko sempat posing jap! hoho
Malam beristirehat bersama. Bergelak ketawa bersama. Esoknya kami balik. Sempat singah umah family no.1 aku di Tasik Puteri Rawang. Tadaaaaaa!
See..Makan lagi! Mak buat bihun sup. Wajib makan! hoho..kepala berbalut towel sempat lagi kauk2 bihun!
So, untuk anda2 yang belum ke sana, ayuh..cuba rasai sendiri..best n mmg berbaloi-baloi! :)


Saturday 13 July 2013

Yang Femes Bulan Ni Di Laman Sosial. Jom Terjah!

Ramadhan muncul kembali!~ Alhamdulillah..dipanjangkan usia oleh Allah untuk menikmati Ramadhan sekali lagi. Alhamdulillah diberikan nikmat kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah berpuasa. Kepada semua, CikPiko ucapkan selamat menunaikan ibadah berpuasa & semoga amalan kita diterima Allah~

Oke..now kita citer apa yang sering diperkatakan  di"fesbuk"kan + di"twitter"kan + di"instagram"kan + di"blog"kan di kala ini or di bulan ni. Ni dari pemerhatian CikPiko laaaaa :
NO 1- Haaa uolsss, saje jek CikPiko kasi tulisan beso gedabak sbb ni laaaa paling famous since 1 Ramadhan   hmm berbulan-bulan sebelum pon byk--------> ramai Homo sapiens ligat post koleksi baju raya yang nak dijual. "Bakal dijual sempena Hari Raya". Kelassss ko Jemah! Awal2 dah post pic baju raya yang bakal dijual. Penuh dah haaaaa home FB ngan pic baju raya. Tp baguih laaaa..dah ramai muda mudi Melayu pandai bisnes on9 skunk. Xyah modal juta2, klik2 tenet jek, jadi dropship untung atas angain jek.

N0 2- Haaa..nampak x?nampak x?nampak x tulisan no 2 tu dah makin meng'kurus'kan diri. Sbb pe? Sbb mesti laaa yg no 2 ni kurang skit femes dr no 1 tuh..huahua! Utk no 2 ni------> Post pasal juadah bbuka pose. Meriah kata kooo! Nasi dagang, nasi tomato, nasi 3 lapis (padahal nasi base pastu letak kaler :p), nasi beriani kambing,bubur lambuk, kuih muih, ayam golek  naik harga n mcm2 lagi laaa. Penuh dah haaaa home FB ngan pic makanan..tuh blom kira instagram..pic air mineral   drinking water cap Angry Bird pon hadooo! Betapa nak menggambarkan suasana buka pose tuh dgn perbagai juadah.  CikPiko tumpang seronok laaa dok tengok..harap2 pic makanan tuh habes dimakan oleh mereka2 & tidak diakhiri di tong sampah. 

N0 3- Ramai yg post or tweet pasal xsabar nak berbuka pose ngan orang yg tersayang. "xsabar nak bukak pose ngan mak ayah  pakwe I". Oh pengsan baca! huahua. Tapi sejuk hati baca yg tweet or post ckp xsabar nak bkk pose ngan ibu ayah/adik2/makcikpakcik/kawan2. Kerna sesunguhnya Ramadhan sememangnya utk mengeratkan silaturahim sesama manusia :)

NO 4Post or tweet or blog pasal kemeriahan bazar Ramadhan. "Bazar Ramadhan di '........' mmg bes. I jalan dr barisan pertama sampai barisan akhir..semua bes2"..lebih kurang giteww laaaa. Baguih laaa juge kongsi tempat menarik untuk cari juadah bukak pose. Senang org yg dok baca tau lokasi bagus. So org pon leh tiru jalan dari barisan pertama hingga ke barisan akhir  pangkal jalan..hihi! Xsalah untuk membeli di bazaar..tp kalau jalan sampai barisan akhir kedai, diharap iman kita kuat untuk tidak membazir membeli mcm2 makanan hingga kalau sumbat kat mulut telinga pon xbole nak habes makanan tuh! Pesanan ni bkn utk pbaca saja tp utk diri CikPiko juge! ngeeee!

No 5Post or tweet kata2 berbentuk nasihat/islamik. Alhamdulillah. Sejuk hati baca. Even kadang2 yg post tu kita taw sgt perangai dia sebelum ni mcm Red Devil  xberapa nak baguih tp Alhamdulillah sempena bulan Ramadhan byk post/tweet yg baik2 utk bacaan umum. Tweet pasal kelebihan bsedekah di bulan mulia, post pasal kelebihan solat terawih, post kelebihan bpuasa,kata2 nasihan etc. Bagus2 belaka. Alhamdulillah..

So itu antara yg 5 yg femes, yg CikPiko tgk laaaa. korang2 pny FB, Twitter or Instagram xtaw laaaa sama or x..

Papepon, sekali lagi CikPiKo ucapkan selamat berpuasa kepada semua yg beragama Islam. Semoga Bulan Ramadhan ini ipenuhi dengan perbagai ibadat.

#Psssssss..dah 2 tahun CikPiko xtulis pape kat blog after akaun yg mula2 tu dah xguna. Baru skunk rasa nak menulis berkobar2..huahua!  Rasa dah jemu tulis diari..tulis blog pula ayuh!