Rentetan dari tulisan yang lepas, CikPiko nak sambung bagi tips lagi ni. Tips kali ni berkaitan dengan penyakit "Lazy Eye". Opssss apa kejadahnya penyakit "Lazy Eye" tu? Jom kita baca skit..
"Lazy Eye" dalam bahasa sainsnya adalah Amblyopia. Ianya penyakit/masalah pada anak-anak di mana satu mata lebih lemah dari yang lain. Otak memilih untuk mengambil gambar dari mata yang lebih kuat dan mengabaikan gambar dari mata yang lebih lemah. Maknanya, si pesakit menggunakan mata yang kuat lebih daripada mata yang lemah. Jika mata yang lemah tidak digunakan, so mata yang lemah tidak mampu mengembangkan penglihatan yang baik. Hal ini menyebabkan penglihatan berkurang di mata yang lebih lemah. Amblyopia biasanya hanya mempengaruhi satu mata. So sudah jelas? So pasni jangan pelik lagi kalau kita terdengar penyakit "Lazy Eye". Bunyik macam agak kelakar tp mmg benar2 wujud hokeyy!
Penyakit ni biasa terjadi pada kanak2 yang baru lahir hingga ke umur 7 tahun. Walaubagaimanapun, perubatan kini boleh menyembuhkan penyakit ini. Semakin muda kanak2 tu semasa rawatan dimulakan, makanya semakin cerah peluang kanak2 tersebut untuk memiliki penglihatan yang lebih cerah.
- Memiliki mata yang mengembara atau tidak bergerak sama dengan mata lainnya.
- Memiliki mata yang tidak bergerak dalam arah yang sama atau fokus pada titik yang sama.
- Menangis atau mengeluh dengan satu mata tertutup.
- Menyipitkan mata atau memiringkan kepala untuk melihat sesuatu.
- Memiliki kelopak mata atas yang terkulai.
Jadi, kalau anda gejala-gejala tersebut, segeralah bawak anak2 anda berjumpa pakar mata. Jangan berlengah. Pakar mata ada cara rawatan yang terbaik untuk anak anda!
Semasa dalam proses rawatan, kanak-kanak mungkin akan berasa rimas & tidak selesa. Jadi ibubapa perlu memainkan peranan yang besar untuk mengatasi keadaan yang sukar tersebut! Mungkin tips ini berguna!
Tips bagi ibubapa membantu anak-anak semasa dalam proses rawatan:
Tips bagi ibubapa membantu anak-anak semasa dalam proses rawatan:
- Jelaskan bahawa kacamata atau penutup mata akan membantu penglihatannya menjadi lebih baik.
- Jelaskan kepada teman-teman, guru, pelatih anak anda dan yang lainnya mengenai masalah mata anak anda dan apa yang harus dilakukan untuk mengubatinya.
- Gunakan penutup mata, kacamata atau ubat titis mata sesuai anjuran doktor. Jangan nak sesuka hati bagi ubat sendiri puleeeee! Hoho!
- Jika memungkinkan, hiasi penutup mata anak anda. Namun sebelumnya, tanyakan kepada doktor anda apakah hal tersebut dibolehkan.
- Lakukan hal-hal yang menyenangkan, seperti aktiviti mewarna semasa anak anda memakai penutup mata atau kacamata. Ini akan membantu anak anda melatih menggunakan mata yang lemah.
So, itulah serba sedikit tentang penyakit "Lazy Eyes". Diharap dapat membantu untuk meeka-mereka yang tertanya2 apakah penyakit tersebut di samping info untuk mengenal kanak-kanak yang memiliki penyakit tersebut.
No comments:
Post a Comment