Friday 13 September 2013

Taman Layang-Layang Kepong

Taman Layang-Layang Kepong. Yeahh! Entri untuk kali ni! Korang penah g x? Pegi main layang2 ke..pegi jogging ke..pegi bercinta-cintun ke..tak pon paling2 tidak pon p bentang tikar sambil makan2 kat situ :p



Antara aktiviti yang leh dilakukan:

1) Main layang-layang...Dah nama pon Taman Layang-Layang kan~

Wahh gitewww! Seronok betul CikPiko dapat main layang2 kat situ! Hoho..
2) Jogging

Ni laaa sedikit gambaran trek jogging kat Taman ni. CikPiko xpenah try jogging kat sini. Tp base tgk kapel2 jogging kat cni :p

3) Hambek gambo pre-wedding, wedding etc. Kelasssss ko Jemah kalau wat sini..muka mmg nak kena tebal laaa..ramai org usha2..kalau rasa xcukup yakin baik wat kat sawah padi je..HewHewHew :p



CikPiko xpernah laaaa jogging kat sini. Apatah lagi laaaa hambek gambo kawen kat cni sbb kawen pon tak lagi uolssss. CikPiko Cuma pernah main layang-layang kat sini wif member. 1st time datang mmg rasa teruja sgt! Dah macam kanak2 riang dok kejar2 layang-layang. Hoho!

Jom terjah gambar!

CikPiko & layang2. Atcually ni kira 1st time datang kat sini. 15/10/2011. Wahh igt tarikh kata koooo! :p
Ramai manusia tgh main layang2..HewHewHew
 
Suka pic ni! Sbb berjaya menunjukkan layang2 mampu diterbangkan! Hoho. Tq En kawan sy! Sbb tlg hambek pic ni :)

Sunday 8 September 2013

Ozil berpindah ke Arsenal?

Ozil berpindah ke Arsenal? Ye ke? Why? U mad haters? HewHewHew!

Welcome Mesut Ozil. Cakap banyak xguna. Jom terjah wajah Ozil ngan jersi Arsenal. Semarttttttttttttt seh!


Transfer beliau bernilai  £42.5M. Oke..selamat datang beliau! 

Mesut Ozil, mengatakan perpindahannya ke Arsenal dari Real Madrid merupakan sebuah keputusan yang sempurna. Pheeewitt! :)

Oke, sebagai Gooneritas dah terang lagi bersuluh yg CikPiko xsabar2 nak tgk Ozil beraksi bersama Arsenal dalam game yang akan datang! 

Oke, jom terjah pic CikPiko bersama geng2 dari Arsenal Malaysian Gooners (AMG). Pic ni after kami tgk game Arsenal tahun lepas. Opsss sori lupa game Arsenal VS team mana..hoho! Nah pic! 


Oh mmg best tgk bola beramai2. Bila gol jek leh jerit kuat2. hoho! Lokasi tgk bola masa tu kat Wangsamaju..berdekatan dgn Hospital Tentera Tuanku Mizan. Ada satu kedai makan kat situ. Mmg port tengok bola time tu. Ramai x kami? Tuh baru sikit tu. patut ramai lagi tu~ :)

CikPiko nyelit2 kat depan tu haaaa. Mujur leh nmpk juge! Haha!

#ILoveArsenal #Gooneritas #ArsenalFamily #AMG #COYG :)

okbai!

Friday 6 September 2013

Tips lupakan kekasih lama

Tips lupakan kekasih lama. Gulp! CikPiko bawakan khas utk entry kali ni. Jadahnya wat entri gini? Bajet Dr Love ke? Bajet gud-gud ke d arena percintaan? Harharhar! Entri ni sebab rentetan CikPiko menceburkan diri sebagai Dr Love today untuk memujuk kawan yg kedondongcundang cinta. Wahhh gitewww! 

Kringgg..kringggg..kringgggg (Hs CikPiko berbunyi).

Oke itu tipu. Ptt bunyik ringtone lagu Anna Molly. Ngeeee!

**Di bawah adalah perbualan. Bkn karangan fiksyen. Agak panjang. Mohon jgn muntah di pertengahan jalan citer! HewHewHew**

CikPiko: As Salam. Weiii lama ko x call aku. Ingat dah delete nombor aku. Wahh ngko bajet nak call awek ko jek kan..haha!------> Motif aku nak kutuk dia banyak call awek?

Member: Hmm bkn awek..ex awek.

CikPiko: Eh! Korang clash ke hape?----> Motif aku nak menJemah sgt dah knape? :p

Member: Yelah. Ex kan. Takkan dah jadi bini plak! ------> Motif nak mencarutkan aku? Haha!

CikPiko: Hukalohhh! ko wat lawak ke hape ni? Bercinta tahap citer korea takkan clash pulee? Korang pny dunia cinta dh mcm tahap gemilang, cemerlang & terbilang. ----> Motif aku nak bg statement mcm nak mkn kaki? :p

Member: Hmm xde jodoh kot. Tp xpe laaaa. Aku cool je.

CikPiko: Hmm yelah kadang2 apa yg d rancang xseindah apa yg realiti terjadi. Bagus laaa klu ko cool babe!

Member: Haniey..hmm aku sedih. Susahnya nak lupakan dia!----> Motif ko nak wat sore mcm nak bunuh diri sgt? :p

CikPiko: Jadahnya td ckp cool pastu ckp sedih sgt. Aku tampar gakk kanggg haaaa! (Oke fine, tuh ckp dlm hati je cenggitu!). Haha. 

Member: Apsal ko senyap? Ko tgh kutuk aku dlm hati ek? -----> Eh, tau puleee!

CikPiko: Hmm ckp byk xguna. Aku pendekkan komen aku laaa. Lupakan yg lalu. If org dah xnak apo nak dikato. Ko nak hegeh2 sgt pon xguna. dah bkn jodoh.

Member: Amboiii ko ckp mcm ko xpenah kecundang bercinta dedulu.hahaha (Atcually lagi pnjg dia gelak. Aku nyampah nak taip). So camne ko wat utk lalui kisah pahit? ----> Motif ko nak carutkan aku lagi? Haha!

CikPiko: Aku ckp camtu sbb aku blajar dr kisah lampau dulu. Kalau aku bg tips berjela2 pon kalau dah syg mmg tetap susah nak lupa. Kalau ko nak tips yg berjela2 tu ko pegi cari kat gugel. Tp ko boleh wat ke? Buang segala pic dia laaaaaa. Buang segala kenangan yg manis laaaa. Buang dlm memori laaaa. Dan segala yg buang2 laaaaaa. Bunyik ayat mmg sedap di baca, tp bole ke ko wat gitu? Puihh! ------> Motif aku nak emo bg nasihat?

Member: Abes nak jadi cam ko ke? masih simpan semua lg? ----->Motif tny soklan yg wat aku nak bg dia bom?

CikPiko: Simpan bkn bermakna kita masih syg sampai xleh terima yg dah lama berlalu. Simpan utk kita hargai kita penah ada memori indah utk dikenang dulu. watpe nak buang? Memori tu xsalah. Yg salah dia.Bkn memori yg dia bg utk aku -----> wahhhh gitewww ayat xmenahann!

Member: Tapi camne nak lupakan. Macam xboleh je.

CikPiko: Ko ni belajar tinggi dah. Tp kenkadang sengal jugee. Mana leh ko lupakan dia. Lain laaaa kalu ko accident pastu ilang ingatan. Baru leh lupa. Otak manusia ni sgt laaaaa bagus. Kalau ko dah knl manusia tu lama gitewww dah camne lakkk otak ko tu nak lupakan dye. Biar jelah ingat. Ko kena bangga tu. Tuh maknanya otak ko bfungsi ngan baik. Trust me, yg penting ko cume perlu terima hakikat. After that, kalau ko ingat pon bkn sebab sayang lagi. Tapi sbb kehebatan otak ko! Haha!

Member: Camtu je? Berhasil x?

CikPiko: Ko tgk aku berjaya x? Kalau aku xbunuh diri n boleh je idup normal sekarang so that means berhasil laaa. Xpayah laaa ko nak gugel tips bagai aihhh! Yg penting minta pertolongan Allah. Hmmm mmg sakit tp percaya bahawa Tuhan akan bagi kita yg lebih baik. Insyaallah.

Member: Thanks babe utk nasihat! Tunang ko sihat x? -----> Motif nak tanya soklan lari tajuk?

CikPiko: Welkam yawww! Sihat. Dah2. letak telefon skrang. Telinga aku dah panas letak hs lelama kat telinga! Haha!

Begitulah perbualan kami. Giler panjang nak tulis! Harap maklum bahasa kami mmg cenggitu. Org leh pk tgh gaduh padahal gaya bersembang mmg cara samseng! Haha! Kwn baik mmg gitewww. 

Dipendekkan..yg putus cinta, hmm xperlu cuba sgt mcm2 tips..aku penah cuba jugeeee dlu kot tp mcm buang masa je. Just terima je dia dah xperlukan kita. Simpan je barang2 dia penah bg kita. Rugi dowhh kalu buang! Haha! Memori yg indah kenang jelah. Mcm aku kata laaaa..yg salah tu bkn memori! Tp jangan pula ingat memori lama sampai kecikkan hati pasangan baru! No No No!

Adios! Semoga berjaya! :p

Akhir kata, 

An EX should stay an EX. They're are the EXample of false love & EXplanation for why you deserve better!  HewHewHew! :)

Sunday 1 September 2013

Apa yang best di Singapura?

Hello korang2, Apa yang best di Singapura? Oke, today CikPiko nak kongsikan sikit apa laaaaa yg best kat Singapura tu.

Apa yabg best di Singapura? Ada yang cakap, best sbb makanannya. Ada yang ckp best sbb leh shopping barangan berjenama dgn kadar yg lebih murah. Ada yg ckp best sbb nak cari Gay  tempat bersih tuh tersangat banyak.

Semua orang ada pandangan sendiri. Tp pada CikPiko yg paling best adalah Universal Studio Singapore! Oke itu mmg osem! Why? Why? Sbb mmg byk games yg adventure & wat CikPiko jerit sesaje! Oh osem!

CikPiko g Singapura 13/05/12 yg lepas..OMG dah setahun lebih kata koooo! Apsal baru nak update? Apsal? Sebab CikPiko pny blog yg lama pon dah bersawang bagai..kini, baru rasa nk ber blogging kembali! Maka baru rasa nk update smua yg byk x di update. Tata blog lama..sob..sob..sob! Welkam blog baru!

Jom terjah muka CikPiko masa baru turun dari flight wif 2 org kawan yg join dis trip:

Beg dah mcm nak sama beso ngan CikPiko! Hoho!
Yg free hair tuh Jasmine & yg pki turban ngan konfident tu Alia..hoho~
Di Singapura, kami mmg dah set dalam minda ni haaaaa, no bazir-bazir..hoho! Sbb kami lebihnya nak tgk tempat org, n cuba apa yg xde kat Malaysia. Tipu laaaa kalau xshopping langsung kaaaannn. oke itu tipu laaa! Sbb ada laaaa shopping jugeee. Tp kami berpada-pada. Xde laaaa kami ni haaaa beli smua yg bjenama tu. Huk alohhh CikPiko lagi seronok pakai baju uptown dari baju sehelai yg 4-5ratus tu. Gilo! Kang terbakar dek iron, meroyan seminggu! hoho!

Berbalik semula citer Universal Studio Singapore, kami g sana sehari after sampai Singapura. Tp tiket dah book awal2. Xsanggup uolssss nk beratur. Baik laaa beli awal2. Kepada yg nak g, nasihat CikPiko beli laaaa awal2. Bkn apa, kalau x mmg mbazir masa. Tp ada jugeee yg sanggup berjanggut beratur sbb takut kalau beli online, kalau tetiba hujan..tiket mmg xleh tukar date. So takut rugi. Hmm tp CikPiko & kengkawan ngan yakin beli jek. Malas nak pk. hoho! Kami menggunakan konsep Redha. Kalau tetiba ujan nk wat camne kan..Tp harus diingat ye semua, kalau korang nak ikut konsep Redha tu..harus laaaa bijak jugeee. P laaaa gugel dulu keadaan cuaca semasa. Kalau korang dah gugel info yg mengatakan keadaan cuaca di sana time tuh hujan memanjang, so jgn laaaa korang p redah juge beli tiket on9. Rugi nnt dek non! Ingat ye, bijak tuh penting! hoho. Harga tiket bape? Bape? Tambah tolak USD 60..lebih kurang RM150 duit Malaysia..time tuh laaaa~

Jom terjah pic CikPiko kat sana. Korang yg bercadang nak g patut tgk pic ni. Mmg xrugi g sana habaqqq kat hang!

CikPiko paling suka masuk yg ni! Grrrr Efek 3D dalam ni mmg laaa osem! Rasa betul2 macam transformer tuh tgh bjuang selamatkan CikPiko. Jatuh cinta jap! Hoho. Efek bunyi power! Siap ada efek panas bagai. Utk yg nak masuk, jgn laaa korang letak laaaa spek mata leklok. Sbb badan korang kat seat tuh bkn dok diam. Korang akan di tarik2 kat seat tuh ke merata-rata. Nama pon transformer tgh bperang kan dek non! Xkan nak dok diam aje! Hoho. 


Dah rasa mcm betul2 sampai kat Madagascar. Games dalam ni mmg osem2 juge! Kena beratur pon xde hal sbb mmg puas ati. Siap leh tgk live haiwan2 tuh menari. Chomey oke! 



CikPiko kuat menjerit! Tp CikPio ulang main ni 2 kali. Oh best sgt! Sgt mencabar. Xmacam roller coaster yg suam2 kuku..yg xtau nak takut ke nak gelak..hoho!




Dalam ni pon antara feveret CikPiko. Harus diingat dalam ni mampu wat kita basah oke! Hoho!




Dalam ni pon takut juge..tp best!
Ni tempat kalau nak beli ole2 dari USS~ Tp harga paham2 laaa ye~ Telan air liur juge laaaaa!
So, antara begitulahhhh laaa di sana. Tuh antara aje. Ada byk lagi pic dalam tu sbb byk tempat & game menarik dalam tu. So untuk korang2 yg ada plan nak g, nasihat CikPiko..pegi jelahhh. Jgn pk soal harga. Mmg agak mahal sikit tp puas hati. Siyes tak tipu! Alaaaa korang korbankan laaa skit duit g shopping. Baik g sini, lagi best! hoho. Adios!