Salam Jumaat untuk yang
beragama Islam..
N Selamat Pagi Untuk Semua Di Planet Bumi!
Pagi ni CikPiko berada di Pusat Pakar Mata Chew/Chew Eye Specialist & Surgery Sdn Bhd. Klinik ni terletak di Ipoh Perak. CikPiko baru 1st time datang sini. Untuk apa? Di akhir kisah kita terjah okehh! Ngee..
N Selamat Pagi Untuk Semua Di Planet Bumi!
Pagi ni CikPiko berada di Pusat Pakar Mata Chew/Chew Eye Specialist & Surgery Sdn Bhd. Klinik ni terletak di Ipoh Perak. CikPiko baru 1st time datang sini. Untuk apa? Di akhir kisah kita terjah okehh! Ngee..
Disebabkan CikPiko dah berada
dlm aura org2 yg bermasalah mata di sini, makanya CikPiko ingin menulis tentang
tips penjagaan mata & makanan yang baik untuk mata. Wahhh gitewwww tips
penjagaan mata, padahal mata CikPiko pun rabun jugeee! hoho!
Mari kita terokai tips
penjagaan mata. Ni hasil bacaan CikPiko ketika berada di klinik ni. CikPiko
cuba tulis & terangkan dalam bahasa yg santai agar tidak seperti mendengar
doktor yg bkata2 ngan hujah sains! haha!
1) Si pecinta gelap, elakkan
membaca or menulis dalam gelap ye! Kalau nak tido dlm glp tu xpe laaa, tp kalau
nk mbaca/menulis, cari le port yang terang. Lagi 1, tak guna kalau mbaca or
menulis dalam terang tapi dalam keadaan berbaring sebab tabiat ini hanya akan
menghalang jumlah cahaya yang sepatutnya kita terima. Hmm sbb tu CikPiko rabun. Zaman dok hostel dulu suka baca dalam gelap! Amik lampu suluh membaca dalam
gelap. Bajet nak cemerlang sgt! Insaf kini! hohoho..
2) Si pecinta fesyen ranggi,
elakkan laaaa pakai spek mata hitam yg beso2 mcm retis tu kalau spek
tu xde UV protection 100%. Ini kerana, bila mata kita berada dalam keadaan
gelap gitu, bukaan anak mata kita akan mjadi lebih le beso! So, ni akan
mbuatkan UV matahari memasuki mata dengan lebih banyak dan merosakkan struktur
mata asal kita.
3) Pasang laaa screen filter pada komputer korang. Bkn apa, cahaya dari komputer tu atcually cukup sesangat untuk merosakkan mata kita ngan pantas! kalau korang nak tahu, cahaya tu boleh menjangkau hingga 2Meter. Mak aishhhh..!
4) Kalau menjadi penumpang dalam kereta/bus, kalau ada banyak masa sgt or boring, bawak2 laaa tido ke, dgr radio ke, bsembang2 ke or paling2 pun korek2 taik idung kunyah2 kuaci..sbb jangan sesekali korang amalkan tabiat membaca dalam kenderaan yg sedang bgerak. Makanya akan cepat pakai spek nnt!
5)Kalau korang tgk tulisan yg kecik bebeno, stop jelah cuba mbaca.Tak payah laaa mgedik nak cuba mbaca gak sampai terjuling2 mata. Harus diingat ye tuh hanya akan memaksa mata korang n mberi tekanan. Kesian mata!
6) Selalulah melihat blue green. Pape objek yg bwarna hijau. Sgt bagus untuk mata korang. Lagi2 pada waktu pagi. So, bangun tido dari tatap muka pakwe/awek, lebih bagus bdiri tepi tingkap n tgk pokok2 mhijau tu. Seronok mata korang! hoho..
Jom kita kenali pula makanan yang
bagus untuk mata:
1) Ikan Salmon- Kepada sesapa
yang mata kering, ini adalah pilihan terbaik. Pegi la Supermarket, dari dok
cari jajan better korang cari ikan salmon & makan le bebanyak sbb Omega 3 dalam ikan
salmon bagus untuk si mata kering!
2) Telur- Lutein dan zeaxanthin yang ditemukan dalam putih telur
merupakan antioksidan terbaik untuk mencegah degenerasi makular dan
katarak.
3) Biji
bunga matahari/kuaci- Sesiapa yang mempuyai masalah sensitif terhadap cahaya
atau bahasa sainsnya penyakit photophobia, banyak2kan laaaaa mkn biji
bunga matahari ye! sambil2 bsembang pon boleh kunyah2 kuaci kannn~
4) Coklat
Hitam- Yummy! Berita baik untuk penggemar coklat hitam! Menurut kajian ianya
membantu menajamkan penglihatan. (Erkk..patut laaaa penglihatan CikPiko tak
berapa nak tajam sbb CikPiko xsuka makan coklat! ngeee! :P)
5) Bayam-
Berita baik pula pada si penggemar bayam! Kajian menunjukkan vitamin C dalam
bayam mampu mencegah Glukoma. (Yeayyy! CikPiko penggemar bayam!)
6) Bawang
Putih- Bawang putih sebenarnya terkenal dengan selenium, vitamin C,
vitamin B1, quercetin, dan glutathione yang berfungsi melindungi lensa mata
terhadap radikal bebas seperti sinar UV.
Oke..itu serba sedikit tips & info untuk korang n untuk CikPiko sendiri. Mata tu anugerah dari Allah yg cukup berharga. Mari kita jagainya sebaik mungkin ya!
So, kembali kepada citer kenapa CikPiko berada di Klinik Pakar Mata Chew today. Sebab adik CikPiko yang baru darjah 1 dah mengalami masalah mata. Kesian dia. Kecik2 dah terpaksa pakai spek. Power spek tinggi sudah! Doktor juga mengesahkan dia ada penyakit "Lazy Eyes". Ramai yg xtau pasal penyakit ni kannnnnn. Jarang2 didengari. Mungkin nanti CikPiko akan tulis pasal penyakit tu.
Jom terjah gambar!
Qistina & Mata Rabun beliau! Harap Maklun spek tuh adalah berwarna Pink! hoho.. |
Ni bukan gambar kat klinik td. Hampeh tul kabel nak tranfer gambar xjumpa puleeeee! Grrrrrr...
Ok Bye!
No comments:
Post a Comment